Sunday, July 17, 2011

Dosa pahala FaceBook Kita Sebelum Mati dan Selepas Mati

Bismillahirrahmanirrahim.....
Hari ini hampir semua orang di antara kita punyai akaun Facebook. Namun berapa orang yang menilai dan mengambil berat tentang sumbangan saham pahala atau dosa yang sedang berjalan dari profile Facebook masing-masing? Ada orang berkata, ‘Eh, aku main FB suka-suka jer, tak kan berdosa kot?’. Kita harus faham setiap saat dalam hidup, kita tidak akan terlepas dari 6 keadaan iaitu:
  1. Halal
  2. Haram
  3. Wajib
  4. sunat
  5. Makruh
  6. Harus
Hukum menggunakan FB adalah ‘harus’. Namun apa yang kita kongsikan dalam FB itulah yang akan menentukan samada ia halal atau haram, memberikan kita saham dosa atau pahala. Antara dosa yang sering dilakukan tanpa sedar adalah:
  1. Meletakkan gambar sendiri yang tidak menutup aurat.
  2. Menyebarkan gambar orang lain yang tak tutup aurat.
  3. Menyebarkan fitnah dan umpatan.
  4. Berbual mesra (chatting) antara lelaki dengan perempuan dengan kata-kata yang boleh menaikkan syahwat.
  5. Mengorat anak gadis (dengan cara yang salah) dan isteri orang.
  6. Membuka aib diri, keluarga dan orang-orang yang dikenali.
  7. Menggunakan bahasa-bahasa yang kesat.
  8. Menyakitkan hati orang lain dan banyak lagi.
Renungkan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di atas dan semak balik cara kita menggunakan FB selama ini. Adakah FB kita memberikan sumbangan pahala atau sumbangan dosa kepada kita?
Ketahuilah hampir setiap hari ada puluhan, ratusan malah mungkin ribuan orang yang melihat dan membaca FB kita. Sanggupkah kita menanggung semua dosa yang diterima dari setiap orang yang menjengok FB kita? Mereka bukan setakat menjengok segala post dan gambar kita tetapi mungkin akan tag dan share gambar dan semua post yang kita tulis kepada rakan-rakan mereka.
Tindakan Yang Harus Diambil Sekarang!
  • Buang semua gambar yang tidak menutup aurat, tabbaruj dan gambar-gambar yang tidak sopan.
  • Buang gambar-gambar orang lain seperti artis, wanita cantik dan mana-mana gambar yang tidak menutup aurat, seksi, aksi lucah dan seumpamanya.
  • Buang semua status yang berbentuk umpatan, fitnah, tiada kebenaran dan mungkin punyai kata-kata yang menyakitkan hati orang.
  • Mohon maaf di atas semua kesalahan yang dilakukan.
Seandainya FB kita membawa saham dosa, maka jika ditakdirkan esok kita meninggal dunia, saham dosa itu akan terus berjalan selagi orang melihat dan berkongsi apa jua yang kita letakkan dalam FB itu. Sebaliknya jika saham pahala yang kita perolehi, bersyukurlah kepada Allah kerana saham itu tidak akan putus selagi orang lain memanfaatkannya.
Subhanallah….
Wallahualam.....

Dipetik dari blog WanWMA

p/s: pasni letak gambar kartun jele hehe

Thursday, July 7, 2011

Cara nak jadi Hero X-Men paling jimat

Dah tgk X-men first class lum? hehe xkan la lum tgk best tu. Lagi best dari transformer dari bulan yang gelap hahaha. Ni aku nak tunjukkan cara2x nak jadi superhero dari watak2x X-men (kalo teringin lah nak jadi) yang superJimat hehe

Wolverine


Cyclops


Magneto
 


Gambit

Sniper Lego

Balik nie try la wat satu sniper. hehe tapi pakai kertas. leh x hehe


Cool videos

Tuesday, June 21, 2011

Parking kereta yang sangat fail!




p/s : Lame x post benda yg ngarut2x ni hehehe

Sunday, May 1, 2011

BILA EXAM SUDAH TIBE... =(

* krik krik * shuhh! cengkerik nie dah bersarang pulak kat blog nie. huahua. salah satu sebab nye adalah bulan nie sangat ke'busy'an. yela. dengan presentation lagi. ditokok tambah lagi bulan ke'exam'an. struggle for study untuk final year nie. kepada reader doa kan aku ye. =)

wah! betapa stres nye aku sehingga aku sanggup men'yetel'kan zombie vs plants aku  nie. tolong laa. tolong permudahkan aku nie ya ALLAH.

by the way and highway, i would like to congrats to my 'biggest' sista yang telah menerima tawaran kolej matrikulasi johor. =)
untuk pengetahuan korang, entri post kali ni, adek aku yang update. tengok la. betapa tensyen nye aku sampai entri blog sendiri pon orang lain yang update. huh! * muke macam angry birds *

wish you and me a very go0dluck in exam
happy exam!!
=)

penulis : arinamira *hehehe

Monday, March 14, 2011

Lame tak update...

Ari ni, 14 hb 2011. Aku nak update blog aku yg dah lame bersawang ni. Huhu. Mane sempat nk update blog. Asyik wat keje je. Sem ni rasenye paling sibuk aku pernah rase. Ade ketike nye rase nk g sem 1 balik. Time ade duit ptptn. G enjoy. Jalan2x hehe.

Tapi takpe le. Dah tinggal bape bulan nak abiz. Rase mcm tinggal lg 3 minggu lebih je. Adui. Thesis lg. Colloqium lg. Exam final lg. Adoi~

Semenjak2x ni, bola dah jarang tgk, jarang jog, jarang basuh kete, jrg maen pes, kalo bukak facebook pun jarang update status.

Hope, pas abiz sume leh la aku update blog setiap hari. hehe

Tuesday, February 22, 2011

10 tanda dia jodoh kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?


“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Monday, February 21, 2011

Friday, February 18, 2011

Yahudi yang menentang zionis

Bismillahirrahmanirrahim.....
PADA hari selasa 9 Novermber 2004, di hadapan Percy Military Hospital, Clamart di Paris, kelihatan sekumpulan lelaki yang bertopi, berjanggut panjang dan berpakaian kot hitam sedang mundar-mandir di perkarangan hospital tersebut. Mereka kelihatannya seperti sedang menunggu seseorang.
Beberapa lelaki bertopi dan berkot hitam dari golongan itu, kelihatan memegang bendera Palestin. Orang ramai yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut, memandang pelik dengan tindakan sekumpulan lelaki itu.
Siapa sekumpulan lelaki itu? Apa yang mereka lakukan di hadapan hospital tersebut?
Mereka adalah orang Yahudi! Dan golongan itu sebenarnya sedang bersimpati dan menanti berita tentang keadaan Presiden Palestin, Yasser Arafat ketika pemimpin tersebut ketika dirawat di hospital tersebut akibat pendarahan otak akibat jangkitan kuman.
Mengapakah golongan Yahudi melawat Presiden Palestin? Pasti menimbulkan tanda-tanya, mengapakah golongan Yahudi yang sememang diketahui umum bermusuh dengan rakyat Palestin, kini melawat dan bersimpati dengan presiden Palestin.
Sebenarnya kumpulan Yahudi itu adalah dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jews United Against Zionism. Mereka hadir ke hospital tersebut, sebagai tanda simpati mereka terhadap pejuang dan pemimpin kemerdekaan negara Palestin. Malah mereka juga tidak ragu-ragu memegang bendera Palestin, sebagai bukti sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman Zionis.
Seorang Pendita yahudi dalam kumpulan tersebut, Mordechi Weberman mengakui tindakan mereka bersama rakyat Palestin menentang Zionis sememangnya menimbulkan banyak tanda-tanya di kalangan orang awam.
“Mereka bertanyakan saya, kenapa anda berarak disamping rakyat Palestin? Kenapa anda mengibarkan bendera Palestin dan mengapa kamu menyokong perjuangan rakyat Palestin? Sedangkan kamu adalah seorang Yahudi!?,”
“Saya menjelaskan kepada mereka, kerana kami dari golongan Yahudilah, maka kami bersama rakyat Palestin berarak dan mengibarkan bendera negara itu. Kerana kami Yahudilah, maka kami mendesak agar hentikan segala kekejaman terhadap rakyat Palestin,” jawab Mordechi.
Katanya lagi, Taurat mengajar kaum Yahudi agar bersikap adil. Taurat memerintahkan golongan Yahudi agar menegakkan keadilan.
Jadi, kata Mordechi lagi, inilah tindakan mereka bagi menentang kezaliman dan ketidak adilan yang berlaku sejak berpuluh tahun terhadap rakyat Palestin.
“Kami juga yakin, pelarian Yahudi yang berhijrah ke Palestin bukanlah dengan niat untuk menjajah. Bukan dengan niat untuk mendirikan negara yahudi. Bukan dengan niat untuk menghalau rakyat Palestin dari tanah air mereka.
“Golongan kami berhijrah ke Palestin untuk hidup bersama kaum muslimin, dengan keadilan dan saksama seperti mana yang pernah ditunjukkan oleh pemerintahan Islam sebelum ini di Palestin,”
“Kami cuma mahu hidup dalam keadaan aman dan harmoni bersama golongan Muslimin seperti yang pernah tercatat di dalam sejarah satu ketika dulu,” Pendeta Mordechi memperjelaskan niat sebenar perpindahan beramai-ramai golongan Yahudi ke Palestin.
Tegas lelaki bertopi dan berjanggut panjang itu, apa yang mereka lakukan bukanlah mengharapkan sebahagian tanah yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1974 dulu. Malah katanya, PBB juga tidak berhak untuk memberikan cadangan tersebut, kerana tanah itu adalah kepunyaan dan hak rakyat Palestin.
“Kami tidak mahu apa-apa kecuali tanah hak milik rakyat Palestin dipulangkan kembali termasuk Jerusalem. Dan adalah lebih adil sekiranya membiarkan rakyat Palestin sendiri menentukan, apakah boleh atau seramai mana perlunya golongan kami untuk dibenarkan hidup dan tinggal di bumi bertuah ini,” tegasnya lagi.
Sepatutnya, tegas Mordechi, golongan Yahudi perlu meminta maaf kepada rakyat Palestin akibat kezaliman puak Zionisme. Zionis telah berlaku zalim. Mereka menghancurkan rumah-rumah rakyat Palestin dan mencuri tanah milik mereka.
Bahkan, golongan ini tanpa segan silu memperkudakan kitab suci mereka sendiri, Taurat, dengan memutar belitkan ayat-ayat di dalam kitab tersebut. Biarpun mereka tetap mengatakan bahawa Taurat itu sebagai kitab suci mereka, tetapi mereka bersikap melawan segala perintah sebenar dalam kitab tersebut.
Golongan ini hanya mempergunakan taurat sebagai alasan dalam usaha untuk memancing simpati masyarakat Yahudi lain menyokong tindakan mereka
“Kami mengisytiharkan diri kami sebagai pengikut ajaran kitab Taurat yang sebenar. Ajaran Taurat meminta agar kami bersikap ikhlas, adil, baik hati dan lembut sesama manusia,”
“Kami tidak takut untuk menyertai perarakan sebagai protes terhadap tindakan Zionis bersama rakyat palestin. Sudah beratus perarakan telah kami sertai. Malah kehadiran kami disambut mesra oleh kaum Muslimin dan para pemimpinnya,”
“Adalah satu pembohongan besar bagi rakyat Palestin, khususnya kaum Muslimin di seluruh dunia bahawa mereka membenci Yahudi. Mereka sekali-kali tidak membenci Yahudi. Tetapi mereka membenci ketidakadilan, sama seperti kami,” tegas Pendeta Mordechi lagi.
Sebenarnya ramai di kalangan orang-orang Yahudi ortodoks di serata dunia, tidak senang dengan tindakan segelintir golongan Yahudi berfahaman Zionisme , yang kebanyakkannya berkuasa dalam pemerintahan di negara Israel.
Golongan Yahudi ortodoks ini seringkali mengadakan demostrasi dan bersuara lantang, menentang keputusan golongan Zionisme ketika penjajahan Palestin pada tahun 1948, ketika peristiwa Shabra Shatilla, Deir Yasser, Iraq dan Lebanon.
Ramai tokoh agama Yahudi yang lantang mengecam tindakan zalim kelompok Zionis. Selain daripada pendita Mordechi, seorang agamawan Yahudi, Pendita Hirsh turut membantah tindakan Zionis dan berkata, sikap mengamalkan kasta , bersikap zalim dan sombong seperti yang dianjurkan oleh Zionis ini adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Nabi Musa
Manakala seorang lagi pendita Yahudi bernama E. Schwartz, seorang ketua sebuah organisasi Yahudi Ortodoks yang berpendirian anti Zionis, turut sependapat dengan Rabbi Hirsh. Kata Rabbi E. Schwartz, menurut ajaran Taurat, umat Yahudi tidak diizinkan untuk menumpahkan darah, mengganggu, menghina atau menjajah bangsa lain.
Seorang lagi Pendita Yahudi bernama Forsythe, mendedahkan, sejak bermula abad ke 19, iaitu pada abad yang sama munculnya fahaman Zionisme, kaum Yahudi semakin jauh meninggalkan agama dan perasaan takut kepada Tuhan mereka.
Akibat itu, kata Pendita Forsythe, kaum Yahudi dihukum disebabkan keingkaran mereka. Pembunuhan besar-besaran kaum Yahudi ketika zaman pemerintahan Hitler, menurutnya adalah balasan Tuhan terhadap golongan itu.
Beritahu Pendita Forsythe lagi, golongan yang ingkar ini digelar sebagai Amalek di dalam kitab Taurat, yang membawa erti golongan yang seringkali melakukan kekejaman dan kerusakan di bumi ini.
Golongan Yahudi anti Zionis ini tanpa ragu-ragu menyeru semua golongan Yahudi yang beriman dan taat pada perintah Taurat, agar tidak takut untuk bersatu menegakkan keadilan. Kejahatan tidak akan bertahan lama kata mereka.
Harapan mereka, agar sejarah kehidupan yang aman dan sejahtera di antara golongan Yahudi, Kristian dan Muslim, di tanah suci itu dapat diulang semula. Seperti mana yang terlukis di dalam sejarah sebelum ini, di bawah pemerintahan Islam, Yahudi, Kristian dan Muslimin, hidup dalam keadaan bersaudara di bumi yang dianggap suci oleh tiga agama samawi.
Tercapaikah hasrat mereka untuk melihat kedamaian dan ketenangan di bumi Palestin? Hanya masa yang menentukannya.
Sumber : Majalah Mastika
Wallahualam.....

Thursday, February 17, 2011

Thursday, February 10, 2011

Sungguh Kreatif!

Stapler?
Pernah dengar tak?
Gune time bile plak nye? time study le wei
Ala yang macam penyepit tu. Kalo kite nak clip kertas kite gune stapler je senang. Tak payah pakai gam.


Tapi ni sungguh kreatif. Gune ubat stapler tuk buat lukisan. Idea tu agak kreatif dan bijak gak la. Ye la mane tau bosan-bosan leh la buat potret muka sendiri ke. haha 


Lukisan bawah ni ambik mase 72 jam tuk disiapkan sepenuh nya dengan menggunakan 35 000 ulas biji ubat stapler. Jenuh gak nak menstapler nye. huhuhu

Baek wat thesis lagi bagus. :)

Malaysia vs Hong Kong 2-0 Persahabatan

Tahniah la Malaysia. Ye la menang kan. Kalo kalah pun cakap tahniah pun xde gune pun.
Menang 2-0. Not bad. Ade gak improvement. Ingatkan dah jadi raja lawak raja asia tenggara leh relax2x tapi pemain Malaysia dah menunjukkan diorang tak leka dengan kejuaraan tu tapi dah buat preparation yang cukup untuk menentang negara yang terletak di asia timur ni.

~pasni lawan balik china. Aku still tak puas atie ngan aritu punye match! :)


SIbuk,SiBuK, SunGGuH SiBuK

Thesis.
Research Report.
Presentation.
Study.
PeS2010.
CityVille.

Aaaarggghhh!

Sume nak kene buat dalam satu mase mane la boleh. Malaysia Boleh. Tak kan la aku tak leh. Memang tak leh! hehe


Tadi siang je dah buat dua kerje dalam satu mase.


Kene measure viscosity liquid electrolyte aku tu. Ingatkan buat untuk dua sample je, tapi kene buat untuk 10 sample. byk tul. huhuhu dah la nak setup nye makan mase due jam. Kiranya kejap je. Budak tingkatan 4 pun leh buat! hehe Kene cepat2x settle ni. Wua...Aku nak siap kan thesis ni byk plak keje tak siap lagi huhu


Petang plak kene pegi betulkan clutch. Betul ke aku eja tu? Ingatkan kejap je. Rupenye dekat 1 jam lebih. Mak aih. Abg Din msg tanye aku pegi mane. huhuhu jawab je la pegi betulkan kete. Kang die ingat aku pegi merayap plak. hehe cian wan. aku suh die teman. bwk moto die. Aku ingat ambik mase dua hari. Rupenye sejam lebih je. Pepun thanks wan. Budi mu ku kenang jua. haha

Malam plak ikhwan ajak kitorang pegi maple. Sume cite pasal fizik. Yela cite pasal die ni la, lec ni la, pasal projek masing2x. time ni je la kitorang luah kan ape yang terbuku di hati. hehe rupenye byk gak kisah pasal jabatan fizik. Last2x aku belanje diorang minum. yela. Bukan selalu :p 

Layan la lagu ni Maher Zain punye. Malay version punye. (^,^)

Wednesday, February 9, 2011

Sex Oral, Prono, Gambar Lucah & Bogel? Baca Ini!

Bismillahirrahmanirrahim.....
Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya tajuk yang saya kemukakan kali ini agak sensitif dan lucah. Namun, saya yakin tajuk ini paling sesuai untuk menarik enjin carian untuk memaparkan blog ini pada page hadapan. Mungkin ada di antara anda yang sampai ke blog ini sedang mencari perkataan2 di atas. Suka saya tegaskan di sini supaya anda hentikan pencarian anda dan baca apa yang saya ingin kongsikan di sini. Ilmu ini penting supaya kita semua tidak melakukan kesalahan dan dosa yang kita tidak ketahui. Sahabat semua, ketahuilah bahawa Oral Sex adalah HARAM. Sila baca penerangan di bawah.
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi hafizhohullah 
 berkata:
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan (maksudnya memancarkan mani, mazi etc). Kalau memancar, maka akan keluar darinya air madzy yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air madzy itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Dan Syaikh Ibnu Baz rahimahullah telah berfatwa tentang haramnya hal tersebut –sebagaimana yang saya dengarkan langsung dari beliau-.”
Dan dalam kitab Masa`il Nisa’iyyah Mukhtarah Min Al-`Allamah Al-Albany karya Ummu Ayyub Nurah bintu Hasan Ghawi hal. 197 (cet. Majalisul Huda AI¬Jaza’ir), Muhadits dan Mujaddid zaman ini, Asy-Syaikh AI-`Allamah Muhammad Nashiruddin AI-Albany rahimahullah ditanya sebagai berikut:
“Apakah boleh seorang perempuan mencumbu batang kemaluan (zakar) suaminya dengan mulutnya, dan seorang lelaki sebaliknya?”
Beliau menjawab:
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan -sebagai penguat yang telah lalu-, apalagi haiwan yang telah dlketahui kejelekan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim –dan keadaannya seperti ini- merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan.”
Dan salah seorang ulama besar kota Madinah, Asy-Syaikh AI-`Allamah `Ubaid bin ‘Abdillah bin Sulaiman AI-Jabiry hafizhahullah dalam sebuah rakaman, beliau ditanya sebagai berikut,
“Apa hukum oral seks’?” Beliau menjawab:
“Ini adalah haram, kerana is termasuk tasyabbuh dengan haiwan-haiwan. Namun ramai di kalangan kaum muslimin yang tertimpa oleh perkara-perkara yang rendah lagi ganjil menurut syari’at, akal dan fitrah seperti ini. Hal tersebut kerana mereka menghabiskan waktunya untuk mengikuti rangkaian film-film porno melalui video atau televisyen yang rosak. Seorang lelaki muslim berkewajipan untuk menghormati isterinya dan jangan dia berhubungan dengannya kecuali sesuai dengan perintah Allah. Kalau dia berhubungan dengannya selain dari tempat yang Allah halalkan baginya maka tergolong melampaui batas dan bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alahi wa sallam.”
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Dr Ismail Thambi (pakar sakit puan) pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu pekara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.
2) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
3) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
4) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan…
Dikutip dari majalah An-Nashihah Volume 10 1427H/2006M
http://www.darussalaf.org/stories.php?id=276
Wallahualam.....

Thanks wanwma

Perasaan adalah Kimia

Pagi semalam time kelas fizik stat. Prof Sithi cakap kat kitorang, yang cinta itu buta~ eh ni tagline dari Raja Lawak 5 hehe bukan aku nak cakap pasal cinta pun. Tapi aku nak cakap pasal perasaan seseorang. hehe

Sesuatu perasaan sebenarnye boleh dikategorikan sebagai tindak balas kimia dalam badan. haha

Perasaan pun kimia ke? Fizik tak de pulak. hehe ni pilih kasih ni.

Memang betul pun. 
Sebab.
Sebab.
Sebab.

Apabila seseorang itu sedih, atom-atom didalam badan seseorang itu adalah tidak aktif. Ye la, kan muram je. Pastu nangis sorang-sorang. Memang suram giler! Sebab tu kalo kite tengok orang sedih ni tak lalu makan minum. Nak ajak borak pun malas. Kan tengah sedih kot. Kucing mati, kene tinggalkan ngan awek, pakwe kawen lain, tutor tak siap; tu sume penyebab kesedihan.

Kalo kite marah pun lebih kurang same. Tapi ni ade lain sket la. Atom-atom dalam badan kite memang tengah bergerak sangat rawak (random) yang menyebabkan sistem badan kite sangat tak stabil yang menyebabkan kite tidak tenteram. Tu yang kalo kite tengah marah sume benda nak dibaling, dicampak, dipukul, sume tak dapat dikawal.

Kalo cinta pulak? eh tadi kate tak nak cite pasal cinta. Tapi prof cakap kalo kite suke seseorang pun perasaan kite yang membuak-buak macam air panas mengelegak tu membuat kan hormon-hormon kite meningkat naik. bab yang ni aku pun tak paham sangat la ape prof cakap tadi.


hehe. Pepun jangan la bercinta di waktu sekolah. :p

Sori la Ifwat, hadiah aku bagi tu biasa-biasa je hehe

Tuesday, February 1, 2011

Umur Paling Lewat Untuk Mendidik Anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim.....
Soalan: Salam saudara wan. Ini kali pertama saya terjumpa blog ini. Alhamdulillah kerana saya memang sedang tercari2 blog untuk mengutarakan satu persoalan. Saya seorang ibu tunggal setelah ditinggalkan suami selepas melahirkan cahaya mata. Pada mulanya ibu dan bapa saya menjaga anak saya di kg sementara saya bekerja. Setelah ibu saya jatuh sakit, saya menjaga anak saya sendiri. Saya akui saya seorang yang kurang sabar apabila tertekan. Maka dalam mendidik anak saya itu, saya telah menggunakan cara yang tidak sepatutnya seperti marah2 dan menengkingnya. Kini saya dapat lihat anak yang berusia 2 thn itu telah menunjukkan sikap itu dalam dirinya. Saya ingin berubah dalam mendidiknya tetapi persoalan saya ialah adakah saya sudah terlambat dan sikap itu akan terus tertanam dalam diri puteri saya? Saya amat berharap saudara wan dapat memberi respon pada persoalan saya ini. Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam.. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini dan bertanyakan soalan. Sesungguhnya saya bukanlah pakar dan tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam mendidik anak. Namun saya boleh berikan beberapa pendapat yang mungkin boleh membantu. InsyaAllah..
Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin maklumkan sebuah artikel yang pernah saya tulis pada tahun 2009  tentang cara mendidik anak. Artikel itu bertajuk ‘Didik Anak Kita Mulai Sekarang!’. Sekiranya anda belum membaca artikel tersebut, jemputlah bacanya kerana terdapat beberapa cara mendidik anak yang bagus untuk diamalkan bersama.
Baik, berbalik kita kepada soalan di atas. Sebenarnya tidak ada istilah terlambat untuk membentuk perangai seseorang. Yang ada hanyalah usaha. Yang menentukan kejayaan usaha itu bukan masa, bukan umur, bukan kita dan bukan juga mereka tetapi hanyalah Allah. Kurang sabar dan suka menengking ada kaitan dengan sikap garang. Sikap garang tidak semestinya sikap yang buruk. Yang menjadikan sikap itu buruk adalah kerana garang pada sesuatu yang salah. Kita imbas kembali sikap saidina Umar Al-Khattab. Beliau adalah seorang yang garang sebelum memeluk Islam dan masih merupakan seorang yang garang selepas memeluk Islam. Tetapi dengan Islam, beliau garang menentang musuh Allah, beliau garang dengan orang-orang yang cuba menyakiti Rasulullah.
Persoalannya sekarang anak itu sudah mula terikut-ikut dengan sikap ibu yang suka menengking dan marah-marah. Memang sikap ini kurang baik, tetapi semua sikap buruk dalam dunia ini boleh diperbetulkan dengan nilai-nilai Islam.
Ada 3 perkara perlu dilakukan.
1 – Ubah Diri Sendiri.
Kadang-kadang kita sering berfikir bagaimana hendak mengubah sikap anak-anak. Tetapi kita sering terlupa bahawa anak kita adalah cermin kepada diri kita sendiri. Bagaimana mereka melihat kita, begitulah sikap mereka. Adalah kurang baik untuk kita cuba mengubah sikap anak kita sepertimana yang kita mahu sedangkan kita sendiri tidak berubah ke arah itu.
Jangan sesekali terfikir yang kita sudah terlambat untuk mengubah sikap, kerana untuk mengubah sikap ia bergantung kepada kemahuan dan usaha kita sendiri. Tiada kaitan dengan masa atau umur. Jika kita sendiri rasa bahawa kita sudah terlambat, maka sikap yang ada pada anak-anak kita itu sudah tentu tidak dapat diubah lagi.
2- Marah dengan menyebut kebesaran Allah dan dengan nada yang sederhana.
Apabila marah, marahlah dengan menyebut nama Allah. Biasanya apabila kita marah kita sering terlupa bahawa apa yang berlaku itu adalah ketentuan dari-Nya. Dengan menyebut nama Allah kita akan kembali ingat kepada-Nya meskipun dalam keadaan marah. Usah menengking-nengking dengan kuat kerana perbuatan itu hanya akan menyebabkan hati kita semakin panas membakar. Bercakap dengan nada yang sederhana dan tegurlah dengan baik.
3- Banyakkan berzikir, selawat dan mempelajari ilmu agama bersama-sama anak. Tanamkan ke dalam hati kita dan hatinya rasa cinta kepada Allah dan rasul-Nya.
Hanya diri yang kuat ingatannya pada ilahi dan kuat imannya akan menjadi seorang yang tenang. Begitu juga anak-anak. Mereka akan melihat bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi. Jika kita sering kelihatan tenang dan bersahaja, mereka juga akan terikut-ikut dengan sikap itu. Namun untuk bersikap tenang kita perlu menyucikan hati dengan selalu mengingati Allah.
Dari persoalan ini jelaslah kepada kita bahawa tiada istilah terlewat dalam mendidik anak-anak mahupun mendidik diri sendiri. Sebab itu Allah sentiasa membuka pintu taubat dan sudi mengampunkan dosa mana-mana sahaja hambanya yang ingin bertaubat. Tidak kira berapakah umur mereka. Manusia sentiasa boleh berubah.
Saya gembira saudari menitikberatkan soal mendidik anak-anak. Ketahuilah bahawa Allah mengurniakan ganjaran yang besar untuk mereka yang menyayangi anak-anak. Di bawah adalah 9 fhadilat mendidik anak yang saya petik dari blog Anakkusoleh.com:
  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya. Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. InsyaAllah…
Wallahualam.....

credit to wanwma

Fernando Torres ke Chelsea? MUFC harapkan Rooney je

Torres dan David Luiz ke Chelsea. Pergh! Memang mantap la Chelsea ngan ade Malouda lg, Drogba lg, Anelka lg. Memang pasni team diorang asyik men attacking je la. haha.

 pasni kite musuh ye hehe

Liverpool plak dah dapat Luiz Suarez (yg halang gol pakai tangan tu) ngan roy Andy Carrol. Arsenal setakat ni mcm Manchester United je kot, xde beli pemain lg.

 eh tergune tangan plak, ingatkan aku jd keeper tadi

Yg Manchester United harapkan nasib je. kuikui. Tu la sape suh jual Ronaldo ngan Tevez. Kan dah terkedik-kedik nak sumbatkan gol. Harapkan Rooney? kene tunggu angin nak gol baru nak score. Baru due lebih je kot gol rooney. haha. Berbatov plak time gol nak byk je. Itu pun skali skala. Ferguson juz harapkan rooney je. Dah la pemain tengah mcm hampeh. Carrick ntah ke mane hargreaves lg la trus injured sampai langsung tak leh gune. Tolongla beli pemain yg star-star. Asyik yg muda-muda je. Lambat tu nak hebat.

 haha dua-dua dah xde

Aku tau, Ferguson tgh focus cari goli terbaik utk ganti kan Van der sar. Yela dah tua kan. Bola pun dah x nampak. huhuhu. Ramai dah pemain MU dah tua. Giggs, Scholes, Neville ngan Van der sar. Sume patut kene ganti. Hope, pasni MU beli la pemain yg berpotensi.

:) 

Tuesday, January 18, 2011

Lagu Pilihan Minggu ni

Suke sangat lagu ni hehe :)

Wednesday, January 12, 2011

Wahai Anak Muda, Berkahwinlah!

"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Kahwin!

Di usia 25 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di dalam minda aqli diri ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli famili, sahabat handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!
Sebenarnya, segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah mencukupi. Persoalan bila dan dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah". (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).


~Sebelum kita merancang untuk mengikat ikatan yang sah sebagai suami isteri, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah membuat persiapan rapi dari segi kewangan, rohani dan juga kelengkapan asas. Jangan ingat persiapan hanya untuk sebelum majlis perkahwinan sahaja, malah setelah berkahwin sehinggalah akhir hayat pun pasangan kene fikir jugak... :) 

Mekasih iluvislam

Wasalam.

Tuesday, January 11, 2011

Kinect XBox

Cuba kamu bayangkan yang kamu adalah sebagai pengerak bagi sesuatu permainan. Mesti seronok kan? Mana tidaknya, kamu boleh melompat, menembak, memukul, ataupun membuat balingan bola bowling tanpa menggunakan "controller" yang selalunya berselirat dengan wayar atau kadang-kadang "controller" tidak berfungsi dengan baik.
 
 Memperkenalkan KINECT dari pelantar "game" yang terkenal XBox.


Kinect ini memang seratus peratus menggunakan alat pengesan pegerakan anda. Memang anda perlu bergerak untuk bermain.

Apepun enjoy video ni....hehe


p/s : Skema sungguh penulisan ku kali ni. haha :)

sumber gambar dari Xbox website dan video dari youtube

Keindahan Pelangi

Salam.

Sesiape yang sedang stress? hehe Meh kite tenangkan fikiran dengan melihat keindahan alam.

Pelangi. Rainbow.

7 warna kn? Lupa dah aku. Merah, kuning, jingga, hijau, biru, ungu dan violet. Betul ke? Entah la. Betul kot. Pepun, enjoy la yerk. hehe


p/s : Indah sungguh ciptaan Allah. hehe. Mekasih pada colthings.com :)

Monday, January 10, 2011

Senarai Movie Jan dan Feb 2011!

Hehe ni senarai movie untuk bulan nie dengan bulan depan. Rasenye yang best Green Hornet dengan Shoulin kot. Yogi Bear macam bez gak. Hope jangan ade yang menyesal plak tengok cite tak bez. :)
sumber dari GSC Cinema.

tunggu Transformer 3 bulan July ni. Haha. Skang transformer kat bulan dah tak main la kat bumi. Apo kono ejang, orang dibulan eko di mano (dipetik dari lagu loghat nogori) ahaks...hehe

Edit Mengedit Gambar

Tadi tengah bosan-bosan, aku terjumpe satu laman web ni. Befunky.com.

Ape yang menarik dalam web ni? Dalam web ni kite boleh mengedit gambar kite dengan sewenang-wenangnya. Tapi aku sempat gune effect gambar je. Macam gambar kite leh ade effect oilpainting, oldphoto, oldschool, dan pinhole untuk gambar kite. Nice gak la.

Yela orang macam aku ni malas nak gune adobe photoshop. Tak reti le. Sape leh ajar? Dan sape yang nak belajar? Degree pun lum abiz. haha. Ape aku merapu ni.

Pepun, ini la hasilnya. Melayan je la yerk... (^,^)

Aku suke gambar yang atas ni...hehe





Hehe. Gambar ni di snap di JB tempat bowling. Mekasih pada ArinaAmiraAbdulAziz sebab ambik gambar ni. Semoga ko dapat yang terbaik dalam SPM. Takde kene mengene pun. :)

Keputusan FA Cup dan AJL 25

Mula-mula cite pasal FA cup dulu. Cu cite cu cite (dipetik dari Hantu Kak Limah). hehe.
Manchester united vs Liverpool. 1-0.
Goal dari Ryan Giggs nie aku tak sempat nak tengok sebab aku baru balik dari dating UKM. hehe. Kawan aku cakap baru minit pertama dah dapat penalti. Si berbatov yang jatuh. Ntah macam bapuk je jatuh. haha. Pastu penalti. Giggs dengan kaki kirinye merembat masuk bola terjah ke jaring. Aku dapat mulai tengok pada minit ke-30 kot kat kedai mamak Jamal. Rata-rata penyokong Liverpool Roy Hodson. Ni mamak Jamal dekat ngan bank tu. Bukan yang dekat tepi jalan tu.
Biasala MU kalo dah leading, lepas tu maen pun macam nak tak nak je. Tapi separuh masa kedua okey la. Banyak gak percubaan ala-ala Syahir AF Sharul Idlan. Aku respect kat Reina. Banyak save tu.

Pepun 'nice try' kat Kenny Daglish. Macam salah je aku eja. Naikkan balik prestasi pasukan yang dah merudum tu. Tak best la kalo tak kuat. Aku suka team kuat-kuat ni. Baru ade semangat nak tengok Malaysia layak World Cup.

Dah lepas g kedai mamak dengan kawan fadh. Balik tu aku pasang radio. Channel hot.fm. Biasenye pasang je radio, sinar je. ehehe. Anugerah Juara Lagu la pulak. Tapi sebelum aku balik KL tadi aku ngan awek ku bersantai di kedai makan. Sebenarnye nak beli bungkus untuk member awek aku. Terorder 'char kuew teow' plak. hehe Lazat sungguh.
Starting AJL 25 ni agak gempak la gak. Mane tak nye. Lagu lama-lama. Penyanyi pun yang otai punye. Francis Caperter. Nash. M Nasir. mule-mule je la aku sempat tengok. Selebihnye dengar radio je. Tu pun tak semua.

Ni keputusan AJL yang ke 25. (Ni aku dengar mase kul 11.30 kot)

Persembahan Terbaik - Faizal Tahir (Hanyut)
Vokal Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)
Lagu Ketiga - Noktah Cinta (Hafiz)
Lagu Naib Juara - Drama King (MUH dan Black)
Lagu Juara - Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)

Ape yang menarik tentang AJL 25?
aku pun tak tau. sbb dengar radio je. Tapi aku rase suara-suara diorang buat persembahan agak mantap ar. hehe

Ape yang kureng tentang AJL 25?
Ni aku rase ramai yang setuju. Pengacara kot. Ntah. Faizal Ismail macam tak kene ngan Chryell Samad je. Tahun lepas macam okey je. Hehe.

Pepun. Tahniah la kat Ana Raffali. Tolong ingatkan aku ye. ehehe



p/s : Ramai tak puas atie ngan result AJL. Pepun semoga industri Bola Sepak Muzik kite trus maju dan sukses. Cayalah!

Sunday, January 9, 2011

Jom lukis-lukis gune iPad

Kalau dulu kite main lukis-lukis pakai pensel ngan kertas lukisan. Teringat zaman skolah dulu time kelas pendidikan seni buat anyaman tikar pakai kertas warna tu. hehe.

Tapi bukan pasal pendidikan seni aku nak bagitau, tapi ni pasal iPad yang dari buah epal tu (Apple). Skang nak lukis kat mane-mane pun senang, gune Ipad je. Smart dowh. Sesiapa yang bukan kaki lukis macam aku ni (lukis org lidi boleh la) leh tengok je orang melukis. :P



p/s : nape die x lukis sin chan? haha

Friday, January 7, 2011

Ter-Cool

Bryan Solarski adalah seorang pengembara yang suka ambik2x gambar yang menarik yang menggunakan teknik "tilt-shift". Aku rase "tilt-shift" ni, budak2x photographer je yang tau. Kite ni hanya dapat tengok keunikkan gambar2x ni. "Tilt-shift" ni aplikasi untuk sesuatu gambar dalam "dunia sebenar" bertukar menjadi seakan-akan seperti lego. Papepun check this out. Melayan....










p/s : nina, bile ko nk blajar night mode ni? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...