Thursday, December 23, 2010

Kisah laut..

Tidak ada yang pernah memahami
tentang apa yang laut katakan pada pantai
melalui ombak-ombaknya yang besar
padahal pantai tetap diam membisu.
Laut selalu mengirim ombaknya yang garang,
pernahkah terlintas gumaman kecil dalam hatimu;
adakah laut bosan mengirimkan ombaknya?


Pantai hanyalah sekelumit daratan yang beruntung
Kerana tak semua daratan yang terhampar
boleh menyaksikan matahari terbit tenggelam
dengan indah sekali di tepi cakerawala,
sambil mendengar nyanyian nelayan dikala subuh
yang tersenyum melihat tangkapan jalanya.


Tanpa laut pantai hanyalah kehampaan
tapi pantai tak pernah menjawab laut.
Tidak ada yang akan pernah memahami
apa yang laut katakan pada pantai
yang ada hanyalah suara rindu

Kebesaran ciptaan Ilahi…


Wednesday, December 22, 2010

I Hate You Then I Love You

I'd like to run away from you

But if I were to leave you I would die
I'd like to break the chains you put around me
And yet I'll never try

No matter what you do you drive me crazy
I'd rather be alone
But then I know my life would be so empty
As soon as you were gone


Impossible to live with you
But I could never live without you
For whatever you do / For whatever you do
I never, never, never
Want to be in love with anyone but you

You make me sad
You make me strong
You make me mad
You make me long for you / You make me long for you

You make me live
You make me die
You make me laugh
You make me cry for you / You make me cry for you

I hate you
Then I love you
Then I love you
Then I hate you
Then I love you more
For whatever you do
I never, never, never
Want to be in love with anyone but you


dari ~eesha38~

Fullmetal Alchemist.


Tamat la sudah cerita Full Metal Alchemist (dari sebelum exam sampai semalam). hehe

Cerita ape tu?
Kartun ke ape?
Bunyi macam budak-budak je tengok?
Macam ngarut ja?

Haha.

Fullmetal Alchemist ni sebenarnya adalah anime. Ade banyak bentuk. Bentuk komik, movie dan series.

Fullmetal Alchemist ni mengisahkan dua adik beradik Edward dan Alphonse mengembara ke negara yang lain demi mencari idea untuk mengembalikan badan asal mereka.

Ade dua version : first version ialah 'Fullmetal Alchemist' yang sebijik macam komik dan second version ialah 'Fullmetal Alchemist BrotherHood' yang diolah semula. Tapi aku suka yang second version sebab lagi kelakar. haha

Ape yang menarik :
1. Menggunakan ilmu kimia (Spm kimia aku teruk la) untuk melawan musuh.
2. Menunjukkan ikatan antara adik beradik sangat kuat.
3. Menunjukkan erti tidak mengenal putus asa.

Ape yang kurang :
1. Episodenye terlalu sedikit berbanding narotu, bleach dan lain-lain.
2. Kisah percintaan antara Edward dan Winry sangat sedikit. huhu
3. Tak banyak watak baik untuk ahli kimia.

Ni link movie Full Metal Alchemist online (tak payah nak susah-susah download). Enjoy! :)

http://www.watchcartoononline.com/anime/full-metal-alchemist-brotherhood-english-dubbed-guide

http://www.chia-anime.com/category/full-metal-alchemist


Kahwin semasa umur 100 tahun

KANGAR: “Dulu ketika tok melangsungkan perkahwinan, belanja (wang hantaran) hanya RM50 manakala mas kawin cuma RM10...tidak seperti sekarang mencecah ribuan ringgit,” kata Munah Jusoh yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100, kelmarin.

Menurutnya, dia berkahwin dengan Daud Jusoh yang meninggal dunia pada 1990 ketika usianya mencecah 16 tahun dan sambutan ketika itu meriah disertai keseluruhan penduduk kampung Padang Lati, dekat sini, pada 1926.

“Orang dulu berkahwin pada usia muda dan sebelum Daud, tok pernah berkahwin dengan seorang jejaka sekampung, tetapi bercerai dan perkahwinan dengan Daud kekal hingga akhir hayat dia.

“Tok tidak pernah berkahwin lain selepas Daud meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu,” katanya yang bersyukur dianugerahkan penglihatan baik dan mampu membaca al-Quran ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Besar, Datuk Kayaman, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, Munah yang dilahirkan pada 20 Disember 1910 berkata, dia tidak dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinannya dan mengambil anak saudaranya, Ismail Daud sebagai anak angkat.

Katanya, pada usia seabad, dia mampu mengayuh basikal bersendirian sekitar kampung, tetapi demi keselamatan, keluarga menghalangnya meneruskan rutin harian itu.

Munah juga terkenal sebagai mak andam di Kampung Padang Lati dan menjelajah ke serata tempat di utara untuk mengiringi pengantin dan pernah menunaikan ibadat haji tiga kali termasuk menerusi kapal laut pada 1970-an.

“Tok pernah mengalami keperitan hidup ketika zaman pemerintahan Jepun termasuk hanya menjamah ubi kayu rebus dan memakai pakaian diperbuat daripada kain guni. Ubi kayu menjadi makanan utama ketika itu,” katanya.

Ditanya rahsia kesihatannya yang sentiasa sihat: “Tok cuma mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran selepas solat serta tidak boleh duduk diam di rumah, sebaliknya melakukan pelbagai kerja harian,” katanya.

Sempena seabad usia Munah, keluarganya mengadakan majlis kesyukuran memotong pulut kuning berbentuk 100 tahun sempena ulang tahunnya ke-100 yang dihadiri lebih 1,000 tetamu termasuk penduduk kampung dan pemimpin negeri.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Sabry Ahmad.


credit to mymetroonline

World Cup 2022 Qatar

The 2022 World Cup in Qatar should be held in the winter, according to the international players' union FIFPro, as it would be 'stupid' to stage it in the summer.

FIFA president Sepp Blatter and general secretary Jerome Valcke have already thrown their weight behind moves to stage the tournament in January to avoid the heat.

Cool dudes: Brazil's Thiago Silva and England's Peter Crouch found Qatar bearable in November 2009

Cool dudes: Brazil's Thiago Silva and England's Peter Crouch found Qatar bearable in November 2009

Summer temperatures in Qatar can top 50 degrees and Tijs Tummers, secretary of FIFPro's technical committee said: 'It is not sensible to award a World Cup in the summer to a country with an average temperature of 41C in June and July, a midday temperature of 50C and above all, extremely high humidity.

'Tourists are advised not to travel to Qatar in the summer months. Inhabitants of Qatar leave the country en masse during this period.

Shake on it: FIFA president Sepp Blatter, meeting Qatar Football Association (QFA) president Sheik Hamad Bin Khalifa Bin Ahmed al-Thani, has backed a winter World Cup

Shake on it: FIFA president Sepp Blatter, meeting Qatar Football Association (QFA) president Sheik Hamad Bin Khalifa Bin Ahmed al-Thani, has backed a winter World Cup

'The organisers have guaranteed that the temperature inside the stadiums and at the training centres will be reduced to 27C by means of air-conditioning. That is all well and good, but it obviously does not fit in with ecological thinking.'

Tummers says he saw no problems staging the World Cup in winter.

He added: 'It might perhaps turn out that the players will be fitter at the start of a winter World Cup than was the case last summer at the World Cup in South Africa.'

credit to sportmailonline

Tuesday, December 21, 2010

Jauhi Hutang Bila Nak Kahwin!

Tadi bersembang dengan beberapa rakan, betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata 'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20 000. Itu paling kurang.

Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40 000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).

Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...

* Nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000
* Kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)
* Urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000

Katakanlah Mamat & Minat yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).

Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".

Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat

* "Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...
* "hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"

Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.

Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan temah hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahinan.

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

* Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".
* hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan
* janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan
* muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan
* jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang
* belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.

Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak keputusan-keputusan penting dalam hidup.

- Artikel iluvislam.com

Jauhi Hutang Bila Nak Kahwin! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

credit to iluvislam

Perodua Bezza

Cool, Elegant dan Versetail. Itu la ungkapan yang mampu dikeluarkan dari mulut kita sendiri hehe. Rasenye ini la ciri-ciri kereta untuk masa hadapan. Mari kita mencuci mata kita sekejap dengan bentuk kereta yang menarik ini hehe.






p/s : Menarik kan...haha Viva pun dah okey gak ape hehe

Monday, December 20, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 Final



Fuh! Nasib baik Malaysia layak ke final AFF Suzuki Cup 2010. Aku serta rakyat Malaysia kesemuanya begitu kembang hidung dengan prestasi pasukan bola sepak negara ketika ini. Mane tak nya, dah la kalahkan juara bertahan pastu jumpe pasukan Indonesia yang bukan calang-calang hebatnya.


Jadual Perlawanan Akhir 1 : 26 Dec 2010 = Jangkaan(Mas 2 - Ind 0)
Jadual Perlawanan Akhir 2 : 29 Dec 2010 = Jangkaan(Ind 0 - Mas 0)

p/s : Kalau Malaysia menang AFF Suzuki Cup ni, aku nak Malaysia cuti seminggu haha

Hardisk Baru!

Syukur! Semalam lepas je pergi betulkan printer yg tak boleh keluarkan ink tu aku pergi la jalan-jalan sekejap sekitar Digital Mall.

Pastu terjumpe le Si "Buffalo" ni yang berwarna merah menyala..ape lagi aku terus rembat la satu dengan cara yang halal iaitu cara berbayar...haha

Mula-mula ingat nak ambik yang 1TB, tapi fizikalnya amatla besar gedabak. So, tak jadilah ambik yang 1TB. Aku beli yang 500GB jerk dengan harga RM200. Aku rase capacity nye cukup lah besar untuk aku isi hal-hal peribadi aku. Maybe dengan hardisk baru ni, bertambah la semangat aku untuk trus belajar. (^,^)

p/s: hardisk lame maybe aku bagi adik aku...hehe

Saturday, December 18, 2010

Penipu Masuk 'U'


BOSTON - Seorang pemuda berusia 24 tahun, Adam Wheeler mengaku bersalah berhubung 20 dakwaan terhadapnya termasuk penipuan identiti sebagai usahanya untuk memasuki Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Boston Globe kelmarin.

Wheeler memberitahu hakim sebuah mahkamah di sini bahawa dia berasa malu dengan perbuatannya.

Dia diarahkan diletakkan dalam pemerhatian pihak berkuasa selama 10 tahun dan membayar AS$45,800 (RM143,651) sebagai ganti rugi selain menjalani sesi kaunseling.

Pemuda itu juga dilarang untuk cuba mendapatkan sebarang keuntungan dengan menjual kisahnya.

Pihak pengurusan Universiti Harvard mula menyiasat Wheeler pada September lalu selepas seorang profesor yang meneliti semula permohonannya untuk biasiswa Rhodes dan Fulbright.

Profesor itu mendapati bahawa pemuda tersebut telah memplagiat hasil kerja akademik yang dilakukan oleh pelajar lain.

Pihak pengurusan universiti itu mendapati Wheeler memalsukan transkrip Universiti Harvard supaya ia menunjukkan dia mendapat banyak A bagi membolehkannya layak mendapat biasiswa.

Pemuda itu kemudiannya diberikan geran penyelidikan lebih AS$45,000 (RM141,142), biasiswa dan bantuan kewangan dengan menggunakan hasil kerja akademik yang diplagiat.

Dia yang memasuki kursus utama bahasa Inggeris itu dibuang dari universiti tersebut pada tahun lalu selepas profesor tersebut membongkar penipuannya.

Semasa perbicaraan, dia mengaku menggunakan surat perakuan palsu dan memalsukan transkrip peperiksaan sekolah tinggi dan kolej.

Universiti Harvard merupakan universiti berprestij di AS dan salah seorang bekas pelajarnya ialah pengasas laman web Facebook, Mark Zuckerberg. - Agensi

p/s : agak2x la nk tipu. Harvard kot. Universiti of Malaya lagi terbaik. credit to Kosmo online

Lagu Pilihan Minggu Ini

Jamal Abdillah

Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan

Semakin kau diam
Semakin kau cengkam
Perasaanku
Tidakkah tersimpan
Rasa kasih padaku
Walau secebis

Kenangan
Tak bisa kau lenyapkan
Walau bagaimana
Kau cuba memberi alasan
Kerana ku tahu
Itu hanya dusta
Adakah di hati
Terasa penyesalan
Menyintaiku

Apakah aku tak setaraf
Dengan apa yang kau inginkan
Jika itu yang benar
Biar aku hentikan
Desakan ini
Kerana kupunya harga diri

Ku takkan merintih
Walau dada pedih
Membakar

Champions League slot 16

Malam tadi pengundian untuk slot 16 pasukan Champion League telah berlaku. Haha...nasib baik MU diundi dengan pasukan yg besa2x je...Marseille. Tapi MU bukannye betul. Kang hampeh. Takpe Rooney ade. Anderson ade.

Ape yg menariknye kali ni, Arsenal jumpe dengan Barca. Fuh! En. Fab jumpe member2x Sepanyol die. Leh la si Puyol tu ckp kat Fabregas, "Eh, ko bile nk masuk team aku? X teringin ke nak menang Liga ke? " . Fabregas jwb, "Sori la bro, idup aku hanye untuk Gunners. " Haha.

Dan lagi satu perlawanan yg paling menarik ialah Spurs vs AC Milan. Rasenye kelajuan Bale tak kan dapat dikekang oleh mane2x pertahanan Milan yang mane hampir sumenye 'slow motion'. hehe.
p/s : Hope MU layak la ke pusingan seterusnye. Jangan kalah la wei2x hehe
credit to Mail online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...