Tuesday, January 18, 2011
Wednesday, January 12, 2011
Wahai Anak Muda, Berkahwinlah!
Kahwin!
Di usia 25 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di dalam minda aqli diri ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli famili, sahabat handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!
Sebenarnya, segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah mencukupi. Persoalan bila dan dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah". (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).
~Sebelum kita merancang untuk mengikat ikatan yang sah sebagai suami isteri, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah membuat persiapan rapi dari segi kewangan, rohani dan juga kelengkapan asas. Jangan ingat persiapan hanya untuk sebelum majlis perkahwinan sahaja, malah setelah berkahwin sehinggalah akhir hayat pun pasangan kene fikir jugak... :)
Mekasih iluvislam
Wasalam.
Tuesday, January 11, 2011
Kinect XBox
Memperkenalkan KINECT dari pelantar "game" yang terkenal XBox.
Kinect ini memang seratus peratus menggunakan alat pengesan pegerakan anda. Memang anda perlu bergerak untuk bermain.
Apepun enjoy video ni....hehe
p/s : Skema sungguh penulisan ku kali ni. haha :)
sumber gambar dari Xbox website dan video dari youtube
Keindahan Pelangi
Sesiape yang sedang stress? hehe Meh kite tenangkan fikiran dengan melihat keindahan alam.
Pelangi. Rainbow.
7 warna kn? Lupa dah aku. Merah, kuning, jingga, hijau, biru, ungu dan violet. Betul ke? Entah la. Betul kot. Pepun, enjoy la yerk. hehe
p/s : Indah sungguh ciptaan Allah. hehe. Mekasih pada colthings.com :)
Monday, January 10, 2011
Senarai Movie Jan dan Feb 2011!
sumber dari GSC Cinema.
tunggu Transformer 3 bulan July ni. Haha. Skang transformer kat bulan dah tak main la kat bumi. Apo kono ejang, orang dibulan eko di mano (dipetik dari lagu loghat nogori) ahaks...hehe
Edit Mengedit Gambar
Ape yang menarik dalam web ni? Dalam web ni kite boleh mengedit gambar kite dengan sewenang-wenangnya. Tapi aku sempat gune effect gambar je. Macam gambar kite leh ade effect oilpainting, oldphoto,
Yela orang macam aku ni malas nak gune adobe photoshop. Tak reti le. Sape leh ajar? Dan sape yang nak belajar? Degree pun lum abiz. haha. Ape aku merapu ni.
Pepun, ini la hasilnya. Melayan je la yerk... (^,^)
Keputusan FA Cup dan AJL 25
Manchester united vs Liverpool. 1-0.
Goal dari Ryan Giggs nie aku tak sempat nak tengok sebab aku baru balik dari
Biasala MU kalo dah leading, lepas tu maen pun macam nak tak nak je. Tapi separuh masa kedua okey la. Banyak gak percubaan ala-ala
Pepun 'nice try' kat Kenny Daglish. Macam salah je aku eja. Naikkan balik prestasi pasukan yang dah merudum tu. Tak best la kalo tak kuat. Aku suka team kuat-kuat ni. Baru ade semangat nak tengok
Dah lepas g kedai mamak dengan
Starting AJL 25 ni agak gempak la gak. Mane tak nye. Lagu lama-lama. Penyanyi pun yang otai punye. Francis Caperter. Nash. M Nasir. mule-mule je la aku sempat tengok. Selebihnye dengar radio je. Tu pun tak semua.
Ni keputusan AJL yang ke 25. (Ni aku dengar mase kul 11.30 kot)
Persembahan Terbaik - Faizal Tahir (Hanyut)
Vokal Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)
Lagu Ketiga - Noktah Cinta (Hafiz)
Lagu Naib Juara - Drama King (MUH dan Black)
Lagu Juara - Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Ape yang menarik tentang AJL 25?
aku pun tak tau. sbb dengar radio je. Tapi aku rase suara-suara diorang buat persembahan agak mantap ar. hehe
Ape yang kureng tentang AJL 25?
Ni aku rase ramai yang setuju. Pengacara kot. Ntah. Faizal Ismail macam tak kene ngan Chryell Samad je. Tahun lepas macam okey je. Hehe.
Pepun. Tahniah la kat Ana Raffali. Tolong ingatkan aku ye. ehehe
p/s : Ramai tak puas atie ngan result AJL. Pepun semoga industri
Sunday, January 9, 2011
Jom lukis-lukis gune iPad
Tapi bukan pasal pendidikan seni aku nak bagitau, tapi ni pasal iPad yang dari buah epal tu (Apple). Skang nak lukis kat mane-mane pun senang, gune Ipad je. Smart dowh. Sesiapa yang bukan kaki lukis macam aku ni (lukis org lidi boleh la) leh tengok je orang melukis. :P
p/s : nape die x lukis sin chan? haha
Friday, January 7, 2011
Ter-Cool










p/s : nina, bile ko nk blajar night mode ni? hehe
Persaraan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu.
Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.
Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.
Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987.
Sumber : BERNAMA
Aku ingat dulu kalo time nk raye or tunggu tarikh puase mesti tunggu depan tv ngan family. Kalo x silap dalam kul 8.45 mlm kat tv1 or tv3 kuar la pengumuman tarikh raye. hehe Orang yang paling hepy aku ngan adik aku je la. Haha Tapi tu dulu. Skang duk UM tepon adik aku je bile tarikh puase or raye. Dulu tu sume nye kenangan. :)
Thursday, January 6, 2011
Apa itu cinta?
Bismillahirrahmanirrahim.....
Mana mungkin manusia biasa seperti saya terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta.
Saya kurang faham makna sebenar cinta, saya kurang jelas mengenainya. Namun saya cuba mencari jawapan, saya cuba membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman sendiri. Sebenarnya cinta itu memiliki sifat-sifatnya yang tersendiri. Cinta tidak semestinya hanya kepada seorang insan bernama kekasih. Tetapi cinta itu merangkumi seluruh kehidupan. Dan dari pengamatan saya, cinta itu sebenarnya adalah..
Amanah Dari Allah
Ya, cinta itu adalah amanah! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas. Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita, orang yang kita suka belum tentu menyukai kita. Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh Allah kepada kita ini, kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka. Jika dapat memikat hatinya, Alhamdulillah. Tetapi jika tidak, usahlah mengungkit dan berdendam.
Cinta itu adalah amanah dan tanggungjawab! Apabila disebutkan sebagai tanggungjawab, ia bermakna kita perlu memberi, namun tidak semestinya menerima. Lindungi mereka, sayangi mereka, kasihi dan berikan yang terbaik kepada mereka, sentiasa hadir ketika mereka memerlukan tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan redha dari pemberi amanah (Allah) semata-mata.
Keikhlasan Yang Menipu
Ada pepatah menyatakan “Cinta itu adalah dua jiwa menjadi satu!”. Lalu sesetengah orang yang cintanya tidak terbalas mula mempersoalkan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya seperti:
Kenapa cinta aku tidak terbalas?
Apa salah aku?
Apa kekurangan aku?
Kenapa dia tidak menerima cinta aku?
Aku sangat ikhlas mencintainya, kenapa dia buat aku begini?
Ramai orang yang bercinta sentiasa mengaku bahawa dirinya ikhlas mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya mereka sedang menipu diri sendiri! Apakah sebenarnya maksud ikhlas? Jika sekadar rasa cinta yang jujur kepada seseorang, itu bukan ikhlas.
Ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharapkan balasan daripada manusia. Tidak nampak keikhlasan seseorang sehinggalah dia disakiti dan apabila dia tidak dapat apa yang diinginkannya. Mereka berkata bahawa mereka ikhlas dalam bercinta, tetapi apabila ditinggalkan mereka mula mengungkit, mula bercerita satu dunia bahawa keihklasan mereka dikhianati.
Aku ikhlas mencintaimu, namun apakah yang telah kau lakukan kepadaku?
Ayat-ayat seperti ini mula diukirkan dalam hati mereka. Disebut-sebut dan diulang-ulang supaya ramai orang bersimpati dengan mereka. Supaya ramai orang merasakan dirinya benar dan orang yang menolak cintanya itu telah melampau.
Cinta itu adalah amanah. Selain dari amanah untuk menyayangi, merindui dan mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk kita sentiasa meredhai apa yang ditentukan oleh Allah yang esa! Tidak kira samada baik ataupun buruk. Tidak kira samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh Allah semata-mata. Samada orang yang kita cintai itu menerimanya atau tidak itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata.
Kaitan Cinta Dengan Amanah
Mari kita susuli kenapa cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu sebenar-sebenarnya adalah amanah:
- Kita diwajibkan atau diamanahkan mencintai Allah melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Selepas itu kita perlu mencintai Rasulullah melebihi cinta kita kepada diri sendiri. Samada kita suka atau tidak, kita akur ataupun ingkar, itulah amanah/cinta pertama yang perlu kita lakukan.
- Mencintai, menyayangi dan mengasihi ibu bapa juga adalah amanah dari Allah. Kita perlu berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, sentiasa berdoa dan menghormati mereka.
- Apabila Allah temukan kita dengan seseorang yang kita cintai, kita bertanggungjawab untuk tidak mengkhianatinya, jaga kehormatannya, khabarkan kepadanya tentang cinta Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan melainkan kehendak untuk bersama (kahwin) demi menunju cinta Allah. Jika tidak dapat bersama kita tidak akan melukakan hatinya dan tidak akan memutuskan tali persahabatan dengannya. Inilah cinta, inilah amanah!
- Apabila mencintai wanita/lelaki yang belum halal, kita tidak boleh keluar berdua-duaan dengannya, tidak boleh bermanja-manja, berkasihan seperti pasangan yang telah berkahwin, tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh melihat aurat masing-masing. Pergilah melamar dan satukan dengan ikatan perkahwinan, jika tidak dapat bersama, redhalah dengan ketentuan-Nya. Kita telah melakukan tanggungjawab kita, selebihnya bergantung kepada qada dan qadar dari Allah. Ini adalah amanah, ini adalah cinta yang benar!
- Mencintai alam semesta. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Manusia akan menghancurkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka sendiri.” Sebagai manusia kita perlu mencintai alam ciptaan Allah, bukan menghancurkannya. Tetapi sikap rakus manusia yang tidak amanah dalam menjaga alam kurniaan Allah ini telah menghancurkan dunia ini sedikit demi sedikit.
Mungkin terdapat banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan. Namun saya rasa cukuplah sekadar itu sahaja untuk kali ini. Mari sama-sama kita menghayati makna sebenar cinta. Sesungguhnya cinta yang ditolak bukanlah suatu penyiksaan dari manusia tetapi ujian dari Allah. Kita perlu amanah dalam mencintai diri sendiri, usah biarlah diri hancur dimusnahkan dengan cinta manusia yang bersifat sementara. InsyaAllah..
Wallahualam.....
credit to wanwma
Ke-Tension-an
Perkara penting minggu ni :
-kene wat pilihan subjek yg sesuai dengan masa kelas dan masa periksa. Kalo boleh xnak ade klise.
-kene siapkan eksperimen. Prof nk result BATERI.
-kene pikir pasal tesis dan bla2x.
Kite men futsal dulu untuk release kan tension. Tension is equal to...... lupe la plak haha
p/s : syg, bile kite nk kuar date ni? :)
Sejarah Solat 5 waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
credit to nurul fairuz dan syahirul.com





