Friday, January 7, 2011

Persaraan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Jan 6, Kuala Lumpur : Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Aidilfitri dan Aidiladha, akan bersara esok (Jumaat).

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987.

Sumber : BERNAMA

Aku ingat dulu kalo time nk raye or tunggu tarikh puase mesti tunggu depan tv ngan family. Kalo x silap dalam kul 8.45 mlm kat tv1 or tv3 kuar la pengumuman tarikh raye. hehe Orang yang paling hepy aku ngan adik aku je la. Haha Tapi tu dulu. Skang duk UM tepon adik aku je bile tarikh puase or raye. Dulu tu sume nye kenangan. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...